Cubaan Beli Undi Di Semenyih : Pemuda UMNO Buat Laporan Polis

SEMENYIH, 22 Feb – Pemuda UMNO membuat satu laporan polis berhubung cubaan membeli undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih oleh Pakatan Harapan melalui pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 10.00 di sini, Khamis malam.

Dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, pergerakan itu mendesak agar laporan berkenaan disiasat dengan adil dan segera di bawah peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana sekiranya tidak dibendung ianya akan menjejaskan demokrasi.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.