Zakaria Hargai Sokongan PAS, Kerjasama Untuk Kepentingan Rakyat Demi Maruah Agama Dan Bangsa

SEMENYIH 21 Feb – Calon Barisan Nasional (BN), Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi percaya kerjasama dan hubungan erat antara UMNO dan PAS dalam PRK tersebut bukanlah untuk kemenangan parti itu semata-mata.

Sebaliknya tegas beliau ianya adalah untuk memperlihatkan bahawa suara rakyat adalah suara keramat dan kerjasama yang terjalin itu mempunyai maksud tersirat dan juga tersurat.

“Kerjasama antara barisan jentera parti serta kepimpinan PAS yang dapat bersama dan berganding bahu bukanlah untuk kemenangan parti sahaja tetapi kita mahu tunjukkan suara rakyat adalah suara keramat.

“Kerjasama ini bukan kerjasama PRK semata-mata tetapi ada tersurat dan juga tersirat. Terima kasih kepada semua yang membantu dan kami memang berbesar hati lihat perkembangan kerjasama ini dan harap dapat diteruskan sepanjangnya bagi memastikan maruah agama, bangsa dan tanah air kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis perjumpaan pimpinan PAS, di sini malam tadi.

Turut serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyyudin Hasan; Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi; Pengerusi UMNO Selangor yang juga Pengarah Jentera BN PRK DUN Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pimpinan lain antara kedua-dua parti terbabit.

Beliau seterusnya melontarkan janji untuk melaksanakan amanah yang diberikan jika mencapai kemenangan kelak.

“Dengan amanah serta kepercayaan diberikan insya-Allah apa jua suara rakyat kita akan dapat bawa ke atas… harap diberi kepercayaan oleh pengundi 2 Mac nanti,” katanya lagi. – MediaUMNO

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.