‘Walkabout’ Puteri UMNO Dapat Dengar Sendiri Rungutan Rakyat – Zahida

SEMENYIH, 20 Feb – Tinjauan dan ‘walkabout’ Puteri UMNO bersama rakan-rakan jentera lain di beberapa kawasan Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memperlihatkan pelbagai rungutan terhadap kerajaan yang ada hari ini dan pada masa yang sama mendapat maklum balas positif berkaitan calon Barisan Nasional (BN) khususnya daripada golongan wanita muda.

Kru UMNO-Online yang turut sama dengan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan di Pasar Malam Taman Paling Jaya dapat melihat sendiri rungutan peniaga terhadap kerajaan yang ada hari ini dan mereka tanpa segan silu meluahkan apa yang terbuku di hati.

Menurut Zahida, itu adalah antara sebahagian yang beliau dan jenteranya lakukan dengan mendapatkan reaksi spontan yang rata-rata peniaga pasar malam mengakui pendapatan mereka menurun dan mengharapkan kerajaan menunaikan janji-janji yang telah ditawarkan sebelum ini.

“Selain daripada kempen kita menerusi pasar malam dan sebagainya, kita juga turut ziarah rumah ke rumah dengan tertumpu kepada wanita muda. Alhamdulillah kebanyakan yang kita ziarah itu maklum balasnya amat positif.

“Malah mereka menyatakan secara terbuka ‘ini kalilah’ mereka akan mengundi BN kerana selama sembilan bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, mereka tidak menjaga kebajikan anak-anak muda. Lebih-lebih lagi hari ini apabila isu Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dulunya RM450 dianggap rasuah tetapi hari ini mereka berikan pula RM100 seolah-olah seperti memperlekehkan anak-anak muda,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, beliau dan jentera Puteri bersama calon BN, Zakaria Hanafi berkempen dan mengedarkan risalah kepada peniaga serta pengunjung pasar malam Taman Paling Jaya, semalam.

Pada masa yang sama beliau memberitahu Puteri UMNO akan memperhebatkan lagi gerakan termasuklah menerusi program ‘makcik bawang’ yang akan melibatkan lori-lori bergerak ke seluruh taman di samping melontarkan isu-isu setempat dan juga isu semasa lain.

“Begitu juga ‘sofa pink’ yang mana program ini akan diadakan temuramah kelompok bersama penduk yang ada di sini,” tambahnya.

Beliau seterusnya yakin ‘moral booster’ Cameron Highlands akan dibawa ke Semenyih di samping kelebihan yang ada pada calon BN daripada sudut latar belakang dan dan pergaulan akan memberi kelebihan untuk BN menang di PRK DUN Semenyih, 2 Mac depan. – MediaUMNO

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.