Ugut Nak Saman… Pemimpin PH Telinga Nipis – Ismail Sabri


SEMENYIH, 21 Feb – Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) telinga nipis apabila mengugut akan mengambil tindakan saman sekiranya isu Tabung Haji (TH) digunakan sebagai bahan kempen di pilihan raya ini.

Jelas beliau, dahulu PHlah yang menjadi juara untuk demokrasi dan kebebasan bersuara tetapi apabila berkuasa, semua itu tidak ada lagi.

“PH telinga nipis. Masa BN apa-apa fitnah pun kita tidak ambil tindakan saman.

“Dulu hero sangat… demokrasi… kebebasan bersuara. Sekarang sikit-sikit nak saman. Itulah standard pemimpin dalam PH,” ujar beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat bersama jentera di PDM Taman Kantan Permai, malam tadi.


Sebelum ini Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberi amaran tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kepada parti politik bertanding pada PRK DUN Semenyih yang membawakan isu TH sebagai bahan untuk berkempen.

Mengulas berkaitan PRK ini pula jelas Ismail Sabri, beliau berasa gembira kerana calon yang dipilih oleh parti iaitu Zakaria Hanafi tidak mempunyai isu negatif.

“Saya gembira kerana tidak ada isu berkaitan calon. Isu peribadi tidak ada. Ini memberi kelebihan dalam berkempen apatah lagi calon diterima oleh semua pihak kerana beliau anak tempatan yang dikenali di sini,” ujarnya lagi yang juga Naib Presiden UMNO. – MediaUMNO

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.