‘Kerajaan Kakistokrasi, Harapan Tinggal Harapan’, Topik Diskusi ‘FB Live’ Malam Ini


KUALA LUMPUR, 21 Feb – Sembilan bulan sudahpun berlalu Pakatan Harapan (PH) mengambil tampuk pemerintahan kerajaan, tetapi mereka masih tidak mempunyai dasar yang jelas terutama melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat, ditambah pula dengan tindakan pemimpin-pemimpinnya yang sering ‘flip-flop’ dan ‘U-Turn’ dalam membuat keputusan.

Itu belum membicarakan mengenai dengan kegagalan menepati janji-janji di dalam manifesto ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Justeru malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan Diskusi N.24 Semenyih dengan topik perbincangan ‘Kerajaan Kakistokrasi, Harapan Tinggal Harapan’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung (Facebook Live) pada jam 9 malam ini akan menampilkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai ahli panel manakala Adnan Seman pula bertindak sebagai moderator.

Sehubungan itu, warganet dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.