PRK Semenyih: Penduduk Berang Sikap Biadap Jentera PH Lontar Provokasi

BARANANG, 20 Feb – Tindakan jentera Pakatan Harapan (PH) yang cuba menimbulkan provokasi dengan mengajak orang ramai menolak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menimbulkan kemarahan penduduk setempat.

Seorang penduduk kampung, di Pekan Rabu Beranang menghalau jentera terbabit lantaran tidak senang dengan kata-kata yang dilaungkan mereka ketika Najib melawat ke pasar berkenaan, pagi ini.

Sikap jentera PH yang agresif dan menjerit melaungkan ‘tangkap dia’, ‘pencuri’ dan beberapa kata-kata lain menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk setempat.

Selain itu, seorang lagi jentera PH pula hampir bertumbuk ketika berkempen di sebuah kedai makan di situ kerana dihalau dan dianggap mengganggu orang ramai yang sedang menjamu selera.

Berikut video yang sempat dirakam ketika jentera PH diherdik penduduk kampung. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.