‘Pendidikan: Cacamarba Di Bawah PH’, Topik ‘FB Live’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Bermula daripada kasut dan stoking hitam, kolam renang hotel yang mahu dijadikan tempat mengajar pelajar sekolah berenang hinggalah pemotongan beratus juta bajet pendidikan dalam Belanjawan 2019 jelas memperlihatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya ‘pandai’ masih tercari-cari idea dalam menyediakan pelan pendidikan terbaik bagi rakyat di negara ini.

Itu belum lagi dikira sering membuat pusingan ‘U’ sebagaimana janji manifesto PH berkenaan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Justeru malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan Diskusi N.24 Semenyih dengan topik perbincangan ‘Pendidikan: Cacamarba Di Bawah PH’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung (Facebook Live) pada jam 9 malam ini akan menampilkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang juga bekas Menteri Pendidikan sebagai ahli panel manakala Adnan Seman pula bertindak sebagai moderator.

Sehubungan itu, warganet dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.