Fenomena “Bossku”… Pengundi Semenyih Tidak Mahu Kena Tipu Lagi


BERANANG, 20 Feb – Fenomena ‘BOSSKU’ semakin menjadi-jadi di Semenyih. Walau di manapun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pergi, sudah pasti kehadirannya dinanti ribuan orang.

Jika dahulu, beliau teruk dikecam dek kerana politik persepsi yang dimainkan oleh musuh politik, tetapi kini semenjak Pakatan Harapan (PH) menerajui pucuk pimpinan negara, rakyat mula sedar mereka telah tertipu dengan segala bentuk janji manis.

Bagi Ishak A. Bakar 65, pesara guru, orang ramai kini sudah mula tidak percaya dengan fitnah apatah lagi apabila melihat kegagalan PH mentadbir negara.

“Dalam ‘WhatsApp’ semua fitnah. Bila tengok kerajaan baru pula tidak buat apa-apa sedangkan janji banyak tapi satu pun tidak ditunaikan. Ini yang menyebabkan orang kecewa dan mengakui kesalahan sendiri bahawa menumpaskan yang lama adalah satu kesilapan besar.

“Golongan muda pula harus fahami sejarah. Tengok situasi apa yang berlaku sekarang… ke mana masyarakat Malaysia ini akan dibawa… siapa yang akan bawa kalau bukan kita sendiri.

“Orang muda tanya orang tua, jangan tengok ‘WhatsApp’… bila tengok ‘WhatsApp’ kelabu mata kita… dulu refomasi… mana akhirnya? Sudah ada jawatan, senyap… tak pandang ke orang Melayu… tak pandang ke Tabung Haji,” bidas beliau yang ditemui oleh UMNO-Online.

Aizam Yusof, 56, juga turut mengakui bahawa orang sudah nampak kebenaran berdasarkan kepada apa yang berlaku.

“Dulu tak nampak… orang cakap begitu begini percaya bulat-bulat… lama-lama orang boleh nampak.

“Kita ni yang tak tahu apa-apa mudah percaya apatah lagi kalau kawan yang cakap. Sekarang sudah boleh fikir mana betul mana tidak… kebenaran makin terserlah. Yang tipu lama-lama orang akan nampak,” katanya.

Husin Mohd Rashid, 81, melahirkan harapan agar Barisan Nasional (BN) mampu bangkit kembali.

“Saya gembira dengan sokongan yang diberi kepada Datuk Najib sekarang ini, jadi harap BN mampu bangkit,” ujarnya.

Seorang lagi pengundi, Mas Majdi, 60, turut melahirkan rasa gembira melihat sokongan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Kalau Datuk Najib bersalah, kenapa sampai sekarang dia bebas. Satu benda pun tak ada apa… orang ramai termasuk anak muda sudah mula percaya dengan Datuk Najib. Jadi saya harap lepas ini orang muda jangan mudah percaya dengan fitnah,” katanya.

Kesemua pengundi ini ditemui ketika mananti kehadiran Datuk Seri Najib di Pekan Rabu, Beranang, pagi ini.

Lebih kurang 1,500 orang begitu teruja menunggu kehadiran bekas perdana menteri itu. – MediaUMNO

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.