PRK Semenyih: PH Dibidas Terus Guna Kempen Hasutan


SEMENYIH, 19 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi membidas cara berkempen Pakatan Harapan (PH) yang tidak sudah-sudah menggunakan politik persepsi dan hasutan.

Jelas beliau, seharusnya mana-mana parti yang bertanding perlu berkempen secara berkhemah.

Gentlemanlah… kita berjuang untuk rakyat, tengok masalah rakyat… bukan masalah peribadi, tapi kalau mereka nak guna cara sebegitu terpulanglah… saya dan BN akan terus berkempen secara bersih,” ujar beliau kepada UMNO-Online, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan kain rentang PH yang memaparkan ‘Kita bukan pencuri, kita bukan pembohong, kita bukan perompak’ yang dipasang sempena kempen PRK DUN Semenyih.

Zakaria mewakili BN bagi merampas kembali DUN Semenyih menerusi PRK yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac dengan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Zakaria akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakili oleh Mohd Aiman Zainali; Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul dan Bebas Khuan Chee Heng.

PRK Semenyih adalah PRK keenam diadakan selepas PRU14 pada Mei tahun lalu dengan yang pertama di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept), Parlimen Port Dickson (13 Okt) dan Parlimen Cameron Highlands (26 Jan) – MediaUMNO

—– —–

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.