Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir, ‘All Out’ Bantu BN Di Semenyih – Takiyuddin

SEMENYIH, 18 Feb – Setiausaha Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Malah jelas beliau, bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenarnya adalah draf sokongan Pas kepada Tun sekiranya berlaku pengkhianatan dalam Pakatan Harapan (PH) terhadap Perdana Menteri.

“Perlu diingat sidang Parlimen akan berlangsung pada 11 Mac ini dan dalam draf surat itu adalah berkaitan sokongan Pas kepada Perdana Menteri sekiranya berlaku apa-apa… kalau ada pengkhianatan maka Pas akan bersama beliau. Tun sendiri sebut sesuatu yang tidak betul mungkin berlaku dalam PH…

“Surat itu tidak langsung menyebut berkaitan kerjasama dengan UMNO di PRK ini. Tidak ada sebut langsung pasal pilihan raya,” ujar beliau.

Takiyuddin berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri di ‘Command Centre’ Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad malam.

Mengulas berkaitan kerjasama UMNO dan Pas yang dikatakan tidak seperti kerjasama semasa di PRK Cameron Highlands, Takiyuddin menjelaskan ini kerana PRK Semenyih adalah DUN dan bukan Parlimen.

“‘Seing is believing’… Anda boleh lihat bagaimana kami ‘all out’ dengan UMNO sama seperti dengan Cameron Highlands.. Saya sendiri bergegas dari Kuala Terengganu untuk mesyuarat bersama UMNO malam ini.

“‘Action louder than words’,” tegas beliau. – MediaUMNO

———– —————

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.