‘Isu Tabung Haji: Apa Sudah Jadi?’ ‘Live’ Diskusi N.24 Semenyih Malam Ini


KUALA LUMPUR, 18 Feb – Penjualan aset-aset Tabung Haji (TH), penghapusan subsidi buat jemaah haji yang merayu atau pengiring mahram walaupun untuk pertama kali antara dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap syarikat milik kerajaan itu.

Justeru malam ini, Diskusi N.24 Semenyih akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘Isu Tabung Haji: Apa Sudah Jadi?’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai ahli panel manakala Adnan Seman pula bertindak sebagai moderator.

UMNO-Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.