Penamaan Calon PRK DUN Semenyih Bermula

SEMENYIH, 16 Feb – Hari ini bermulanya poses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di lokasi berhimpun pada pukul 8.30 pagi.

Sejurus selepas ketibaan beliau, perarakan bermula bagi mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi untuk mendaftarkan diri.

Seawal jam 7.30 pagi para penyokong BN telahpun membanjiri lokasi penamaan bagi memeriahkan suasana penamaan calon sekaligus menunjukkan tanda sokongan.

Antara pemimpin UMNO yang turut kelihatan adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bersama beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Rahman dan Datuk Seri Shahrkar Samsudi.

Turut kelihatan adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Asyraf Wajdi.

Pusat penamaan dibuka ada pukul 9.00 pagi dan calon-calon mempunyai tempoh selama sejam iaitu sehingga pukul 10 pagi ini untuk mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum Pegawai Pengurus PRK Datuk Mohd Sayuti Bakar mengumumkan nama calon yang layak bertanding pada kira-kira pukul 11 pagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.