Lautan Biru Banjiri Pekarangan Dewan Sri Cempaka, Beri Isyarat ‘Gegar’ PRK Semenyih

Semenyih, 16 Feb- Lautan biru memenuhi perkarangan  Dewan Seri  Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang  (MPKJ)  apabila penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS  mengiringi Zakaria Hanafi  yang berarak memasuki pusat penamaan calon (DUN) Semenyih  yang dibuka pada 9.00 pagi tadi.

Penyokong dan pendokong BN serta  PAS berkumpul sejak awal pagi dan kedatangan pimpinan parti pelbagai peringkat meningkatkan lagi semangat mereka yang berada di kawasan berkenaan sambil melaungkan ‘Hidup Rakyat’.

Terdahulu sebelum perarakan bermula, beberapa pimpinan BN memberikan ucapan sambil memperkenalkan calon dan seterusnya membacakan doa sebelum bergerak ke pusat penamaan yang terletak berhampiran dengan tempat berkumpul yang dikhususkan untuk BN.

Suasana cukup meriah walaupun BN hari ini ‘berstatus’ pembangkang dan masing-masing kelihatan cukup bersemangat dalam usaha membantu parti pada pilihan raya kecil berkenaan dan suasana yang aman dan harmoni dapat dilihat sepanjang perarakan tersebut.

Walaupun jarak antara penyokong BN dan Pakatan Harapan (PH) berhampiran namun tiada sebarang kekecohan yang berlaku  diantara penyokong kedua parti tersebut.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Barisan Nasional (BN), diwakili oleh Zakaria Hanafi, 58 yang menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi, Pakatan Harapan (PH) pula diwakili oleh Mohd Aiman Zainali menyerahkan borangnya pada pukul 9.03 pagi, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul, pukul 9.10 pagi dan Bebas, Khuan Chee Heng pula menyerahkan boring pencalonan pada pukul 9.10 pagi.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Semenyih, Mohd Sayuti Bakar.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 16 Februari manakala tarikh mengundi awal pada 26 Februari.

Seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK tersebut mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.