Dakwa PAS Tak Sokong BN… Cukuplah Sandiwara Manifesto, Jangan Menipu Lagi


KUALA LUMPUR, 16 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki lebih percaya arahan bertulis Pas kepada pendokongnya supaya membantu dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) berbanding kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ekoran laporan media bahawa Tun Mahathir mendakwa kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu untuk menyatakan bahawa PAS tidak menyokong BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Lagipun ini bukan kali pertama Tun M buat dakwaan seperti ini. Dulu pun mendakwa kepimpinan UMNO bertemu beliau untuk membincangkan mengenai pembubaran UMNO,” katanya menerusi kenyataan dalam facebooknya, hari ini.

Tegasnya, rakyat tidak selamanya boleh ditipu lagi.

“Cukup-cukuplah sandiwara manifesfo dan pelbagai penipuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) termasuk yang terbaru pengakuan seorang demi seorang Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri di bawah kabinet beliau yang akhirnya mengakui tiada sijil akademik setelah didedahkan masyarakat netizen,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.