Calon BN Bukan Calang-calang Orang, Keputusan BN Pilih Zakaria Tepat – Najib

KUALA LUMPUR, 15 Feb – “Calon kita BN ini anak tempatan dan banyak pengalaman, orang yang cukup matang dan disenangi oleh masyarakat tempatan, jadi tiada masalah dari segi pengenalan kepada masyarakat tempatan dan saya yakin dia boleh jadi wakil rakyat yang disenangi semua pengundi di sini.

“Saya difahamkan dia juga juara pidato UKM, jadi bukan calang-calang orang, boleh bersyarah dengan cukup meyakinkan,”.

Demikian pandangan Datuk Seri Najib Razak ketika ditanya mengenai calon yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih.

Najib berkata demkian ketika ditemui selepas makan tengah hari di sebuah gerai makan di pekan Semenyih di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu juga sebelum itu turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih di sini, hari ini

 Justeru jelas Najib lagi calon BN, Zakaria Hanafi bukanlah calang-calang individu.

Tambah beliau, Zakaria merupakan calon tepat bagi mewakili BN kerana bekas penolong pegawai tadbir di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu begitu disenangi masyarakat tempatan di Semenyih.

“Saya berharap Zakaria dapat mengambil pendekatan sentiasa bersama rakyat sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih yang akan bermula sebaik sahaja proses penamaan calon yang berlangsung esok.

“Dia juga mesti jaga bukan sahaja ahli parti tapi juga yang diluar parti, serta pengundi-pengundi tempatan lain,” ujarnya. – MediaUMNO

—-

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.