Pengundi Semenyih Harus ‘Mengajar’ Kerajaan PH, AG Dan SPRM Sebagaimana Di PRK Cameron Highlands – Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta agar para pengundi di Semenyih sekali lagi mengajar kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) khususnya Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana mereka ‘mengajar’ PH di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Jelas beliau, ini amat perlu untuk menyedarkan kerajaan PH, Peguam Negara dan juga SPRM agar mudah mempermainkan ‘rule of law’.

“Sebagai contoh terbaru, kita lihat cara mereka melaksanakan keadilan terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak… Berlonggok dakwaan… dakwaan ditambah, dipinda, digugurkan, didakwa semula, dilokap dan ikat jamin dengan jumlah yang tinggi.

“Nampak sangat SPRM dan Peguam Negara main tangkap muat, kurang bersedia, teragak-agak dan dakwaan terpilih seperti terpaksa menurut arahan orang tertentu. Peguam Negara tidak beretika langsung,” bidas beliau melalui status yang dimuat naik di laman facebook beliau.

Tambah Puad, pendedahan Peguambela Tan Sri Mohd Shafie Abdullah menambahkan lagi kesangsian rakyat.

“Adakah patut pasukan pembelaan terpaksa bersengkang mata untuk menyediakan bahan pembelaan pada 12 Febuari ini setelah tuduhan asal dipinda kali kedua dan tiga pertuduhan baru ditambah tiba-tiba setelah tiga pertuduhan tambahan itu digugurkan.

“…sedangkan pasukan Pembela telah membuat permohonan penangguhan kerana pindaan dan tambahan dakwaan tersebut namun malangnya ditolak bulat-bulat oleh Mahkamah.

“”Justeru, rakyat Semenyih harus mengajar kerajaan PH dalam PRK Semenyih kali ini,” ujar beliau. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.