UMNO Dan Pas Bagan Datuk Tubuhkan BANGKIT

BAGAN DATUK, 8 Feb – UMNO dan Pas Bagan Datuk hari ini menubuhkan Gerakan Muslim Bagan Datuk (BANGKIT) bagi mengukuhkan lagi ukhwah kedua-dua parti ini. 

Ini adalah lambang bahawa kerjasama UMNO dan Pas bukanlah satu sandiwara.

Pelancaran BANGKIT dilakukan selepas forum Kerjasama UMNO dan Pas sejauh mana? anjuran Kelab Anak Muda Islam (KAMI).

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam forum tersebut berkata, dirinya tidak menyangka ‘wasiat’ Allahyarham Datuk Dr. Haron Din kepada dirinya menjadi kenyataan selepas 20 tahun.

“Pada tahun 1988 saya berjumpa dengan Haron Din sebab ketika itu saya minta pandangan beliau adakah patut saya kekal dalam UMNO atau sertai Pas kerana saya dipinggirkan oleh parti ketika itu… rakan-rakan dalam Pas pula ajak sertai mereka.. hati saya pula tebal kepada UMNO.

“Walaupun sudah buat ishtikarah tapi saya masih was-was. Ketika itu saya menjangkakan beliau akan mencadangkan saya sertai Pas tapi rupanya tidak… beliau mahu saya terus bersama dalam UMNO kerana nanti bila tiba waktu Pas dan UMNO bergabung dalam bentuk pemikiran saya ada.

“Saya anggap itu sebagai wasiat dan saya pegang sehingga kini,” ujar beliau. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.