Selamat Berkempen Sesama Rakyat, Tingkatkan Ukhuwwah Sesama Ummah – Annuar Musa


KUALA LUMPUR, 6 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata keikhlasan pendokong parti dan juga tenaga sukarelawan yang mahu bersama untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih amat mengujakan.

“Alhamdulillah..begitu ramai tenaga UMNO dan BN serta PAS termasuk NGO yang mahu bersukarela turun berkerja di PRK Semenyih…luar biasa..Saya ucapkan terima kasih.

“Berkempenlah secara sukarela, secara bersederhana dan beretika. Kita tiada wang ringgit, kita tiada kuasa apa pun.Tapi keikhlasan anda kekuatan kami,” katanya menerusi catatan di facebook.

Annuar seterusnya berharap hubungan silaturahim terus dipupuk dan sama-sama dipereratkan selain mematuhi undang-undang.

“Sambil berkempen, pupuklah silaturrahim, kukuhkan tali persaudaraan dan ukhuwah. Banyakkan program bersifat ibadat dan kebajikan..solat berjemaah,solat hajat,bacaan Al- quran,Yassin, Tahlil, taqarrub dan lain-lain. Insya Allah.

“Patuhi undang undang dan peraturan Pilihanraya. Bercakap dan berceramah dengan tegas dan berani demi rakyat,” tambahnya.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.