UMNO Mesti Terus Di Hati Rakyat


KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan pimpinan UMNO di pelbagai peringkat jangan terpengaruh untuk berasa selesa dengan ramalan Firma penyelidikan Fitch Solutions Macro Research bahawa populariti Pakatan Harapan (PH) diramalkan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Katanya, dalam keadaan apapun, UMNO mesti terus diperkukuhkan.

“Kita semua mesti terus bekerja dan berusaha memulih serta memperkasakan UMNO.

“Sasaran kita adalah untuk kembali berkuasa dengan memenangi pilihan raya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu katanya, UMNO mesti kuat dan kekuatan kita tidak boleh dengan hanya bergantung kepada kelemahan PH, apatah lagi dipengaruhi pelbagai ramalan seperti dibuat oleh Fitch Solutions Macro Research.

“Kita juga mesti terus meyakinkan rakyat bahawa UMNO mampu untuk melaksanakan dasar yang terbaik pada rakyat jika diberikan semula kuasa.

“Kita mesti terus berjuang membela dan menyuarakan isu dan masalah rakyat yang ketika ini tertekan dengan kegagalan Kerajaan PH membela rakyat.

“Kita tahu bahawa ketika ini rakyat kecewa dengan Kerajaan PH yang gagal membawa pembaharuan kononnya melalui pendekatan Malaysia Baru mereka.”

Jadi tegasnya, kita mesti mengubati kekecewaan rakyat dengan membela mereka.

“Justeru apa yang perlu kita lakukan ialah terus mendekati rakyat dan memperjuangkan kepentingan mereka.

“Saya yakin jika terus bersatupadu. UMNO terus berjuang dan membela rakyat. Percayalah rakyat akan bersama kita,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.