Rakyat Semenyih.. Hayati Keputusan Anugerah Juara Lagu 33


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Keputusan Anugerah Juara Lagu 33 semalam menjadi perbualan warganet dengan pelbagai ayat sindiran termasuk jenaka politik.

Selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik beberapa status dalam laman sosial milik beliau berkaitan pertandingan itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak ketinggalan turut membuat hantaran menerusi ciapan akaun Twitter miliknya.

“Rakyat Semenyih..hayati keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL 19) Keputusan *Anugerah Juara Lagu 33 semalam….keputusannya ialah….HARAM-BUNGA-SAMPAI BILA-BILA,” katanya menerusi ciapan akaun Twitter miliknya hari ini.

Status beliau yang berbentuk sindiran merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini.

Lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong muncul juara AJL 33 semalam yang disampaikan Hael dan Dayang Nurfaizah manakala tempat kedua pula lagu Bunga nyanyian Ara Johari dan ketiga disandang Misha Omar dengan lagu Sampai Bila.

Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan penyandangnya, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor,57, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.