Apa Istimewanya Empat Individu Terlibat Kes Kematian Adib? – Lokman


KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan apa istimewanya empat individu yang terbabit dalam kes pembunuhan anggota bomba Mohd Adib Mohd Kassim sehinggakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) seperti begitu melindungi mereka ini.

Jelas beliau, ini terbukti apabila kenyataan saksi dalam kes tersebut ditolak.

“Bila saya membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara kerana disyaki melindungi Pembunuh Adib, mereka sumbat saya dalam lokap.

“Hari ini sudah terjawab kenapa Peguam Negara beria-ia tidak mahu meluluskan permohonan pihak Polis supaya tuduhan di bawah seksyen 307 Kanun Kesiksaan ke atas empat individu kerana melakukan kesalahan ‘cubaan membunuh’ ditukar kepada pendakwaan di bawah 302 Kanun Kesiksaan kerana melakukan kesalahan ‘membunuh’.

“…Sebaliknya, inkues diwujudkan untuk mengetahui punca kematian Adib sedangkan pihak polis telahpun mengambil kira keterangan saksi dan laporan bedah siasat arwah Adib sebelum melakukan pendakwaan di bawah seksyen 307 ke atas empat individu ‘istimewa’ ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Tambah Lokman, khabar angin yang mengatakan bahawa ada pihak yang meminta Kerajaan ‘menukar’ punca kematian arwah Adib daripada cedera parah akibat dipukul 4 individu ‘istimewa’ berdasarkan bedah siasat dan keterangan saksi kepada mati akibat kemalangan apabila keterangan saksi sudah ditolak bukan lagi khabar angin.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ravi membenarkan permohonan Kerajaan PH untuk mengetepikan perintah koroner Rofiah Mohamad pada 18 Januari lalu yang meminta keterangan tujuh saksi (enam doktor dan Pegawai Penyiasat) bagi mengenal pasti punca kematian Adib.

Menurut Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, kenyataan saksi tidak boleh digunakan dalam inkues kerana peraturannya berbeza dengan peraturan perbicaraan jenayah. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.