Mana Janji PH, Rupanya Bukan Saja Dap Bahkan YADIM Kini Dikuasai Amanah, PKR Dan PPBM


KUALA LUMPUR, 30 Jan – Mana dia janji-janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya tiada lagi lantikan politik dalam agensi-agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, GLC atau yayasan berkaitan kerajaan?

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini.

“Terkini, hampir semua lantikan baru Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terdiri daripada penjawat-penjawat jawatan parti dari kalangan Amanah, PPBM, PKR dan DAP.

“Boleh lihat perbandingan dengan waktu zaman BN dulu, hanya seorang sahaja yang terlibat aktif dengan politik, itupun atas kapasiti Menteri Agama Sabah, yang lain merupakan tokoh akademik, mufti, agamawan dan bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegas beliau menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya.

Hari ini, satu senarai yang didakwa sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim yang baharu tersebar di media sosial.

“Mungkin inilah acuan Malaysia Baharu Rahmatan Lil Alamin model Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa,” sindir beliau lagi.

Dalam senarai itu calon Pilihan Raya Umum dari Amanah, Nik Omar Nik Abdul Aziz didakwa sebagai Yang Dipertua YADIM sementara Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Zolkharnain Abidin pula merupakan Timbalan Yang Dipertua Yadim.

Sepuluh Ahli Lembaga Pemegang Amanah juga didakwa terdiri daripada lantikan politik termasuk Ahli Dewan Udangan Negeri Paloh, Sheikh Omar Baghrib Ali yang merupakan ahli DAP. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.