Ketidakadilan Yang Mengancam Keadilan, Saman Segera Peguam Negara


KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa agar tindakan peguam kepada enam orang bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaman Peguam Negara patut disegerakan.

Ternyata katanya, Peguam Negara memberikan nasihat yang salah kepada Perdana Menteri (PM), PM pula gunakan nasihat yang salah itu untuk memberikan nasihat yang salah kepada Yang di-Pertuan Agung.

“Bagaimana AG boleh menasihatkan PM supaya diwujudkan Tribunal untuk menyiasat salah laku enam bekas ahli SPR berkenaan?

“Kalau bersalah akan diberhentikan sebagai ahli SPR sedangkan mereka sudah menghantar surat perletakan jawatan sejak November 2018 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman facebooknya.

Tegas beliau, apa perlunya memecat orang yang sudah meletak jawatan.

“Memang membuang masa dan membazirkan dana awam. Saya cuma tidak bersetuju mengatakan kes ini sebagai ‘The black day of the rule of law in Malaysia’. Black day sudah berlaku apabila AG menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng.

“Ya memang pelik Tribunal diwujudkan semata-mata kerana sepucuk surat dari BERSIH kepada PM yang komplen kononnya enam bekas ahli SPR melakukan ‘misconduct’ seperti tempoh berkempen yang pendek semasa PRU ke-14.”

Soal beliau, kenapa BERSIH tidak mendesak supaya Pengerusi SPR meletak jawatan kerana tidak mengambil tindakan terhadap Manogaran DAP yang masuk ke pusat mengundi dengan pakaian berlogo parti?

“Kenapa BERSIH senyap kes bagi duit yang Lim Kit Siang dakwa sebagai duit minyak?

“Apa BERSIH lakukan apabila Pakatan Harapan (PH) menggunakan kenderaan Jabatan Perhutanan Pahang semasa kempen?”

Bidas beliau, Malaysia bertambah parah dengan gelagat AG, Tommy Thomas.

“Bertambah tambahlah ‘ketidakadilan’ yang mengancam ‘keadilan’,” katanya lagi.

Dilaporkan, pasukan peguam mewakili bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disiasat oleh Tribunal Pilihan Raya berhubung dakwaan salah laku ketika mengendalikan PRU14 lalu, sedang mempertimbang untuk menyaman peguam negara, Tommy Thomas. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.