Kejayaan PRK Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa PH Takut Kerjasama UMNO-PAS


KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Saipuddin Mohamad melihat senario politik kerjasama antara UMNO dan PAS amat ditakuti dan digeruni Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan yang erat dilakukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands baru-baru ini.

Katanya, lanskap politik hari ini turut berubah memandangkan kerjasama antara UMNO dan PAS membuah hasil yang membanggakan buat rakyat yang mahukan Islam dan Melayu dijulang.

“Sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS berjiwa besar, melihat kepentingan negara, agama dan mengenetepikan soal-soal yang lain agar kebajikan orang Melayu khususnya terjaga, terpelihara serta tidak disisihkan di bumi sendiri,” katanya kepada UMNO Online.

Hakikatnya, kata beliau, PH merasa gentar apabila pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS bekerjasama dan mempedulikan kebajikan orang Melayu .

“Orang Melayu ditindas oleh PH… mereka sengaja ingin menyisihkan orang Melayu dan mereka tahu apabila kerjasama ini bertambah erat maka PH tidak akan dapat menguasai lagi.

“UMNO dan PAS telah memberi nafas baru kepada rakyat, berani berhadapan dengan senario politik hari ini, ada istiqamah dan tunjuk pada rakyat bahawa UMNO dan PAS bekerjasama membentuk sebuah gagasan pembangkang bagi memastikan keadilan daripada kerajaan Malaysia hari ini,” tegasnya.

Selaras dengan itu, beliau menasihatkan rakyat agar janganlah lagi dengar suara-suara sumbang atas sikap manusia yang tidak berpuas hati sebaliknya sokonglah kebersamaan atas kebenaran.

PRK Cameron Highlands menyaksikan kerjasama UMNO dan PAS berjalan lancar sehinggakan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor meraih kemenangan. Pertama kali kerjasama UMNO-PAS dimulakan menerusi PRK DUN Sungai Kandis tahun lalu.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.