Sultan Abdullah Dimasyhurkan Sebagai Sultan Pahang Keenam

PEKAN 15 Jan– Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah. Istiadat pemasyhuran diadakan tepat 11 pagi dengan keberangkatan tiba Sultan Abdullah dengan diiringi Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.