Ikrar Taat Setia

PEKAN 15 Jan–Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan keyakinan tingginya terhadap pemerintahan KDYMM Sultan Pahang Ke-VI, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah. Ini bersempena dengan Istiadat Pemasyhuran KDYMM Sultan Abdullah sebagai KDYMM Sultan Pahang Ke-VI pada pagi Selasa, 15 Januari di sini.