Tanah LGM : Teresa Kok Kena ‘Balun’ Lagi… Diminta Tuntut Balik Duit RM780 Juta Dari Guan Eng

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara sinis menyindir pihak KWSP di bawah kuasa kerajaan PH pun tidak tahan dengan tuduhan tidak berasas Teresa Kok dan telah keluarkan kenyataan bahawa harga pembelian tanah Kwasa Damansara adalah adil dan mengikut harga pasaran.

Jelas beliau walaupun Teresa Kok masih tidak puas hati bahawa tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) selepas itu dijual tanpa tender kepada KWSP pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion (RM18.70 untuk setiap kaki persegi) tetapi dua tahun selepas tanah ini diusahakan, KWSP mula menjual sebahagian dari tanah ini dengan harga RM187 untuk setiap kaki persegi.

Tambahnya pihak Teresa Kok masih bertanya di mana perginya wang RM780 juta iaitu beza antara harga RM1.5 bilion yang dibeli dari LGM oleh syarikat Aset Tanah Nasional Berhad dan harga RM2.28 bilion yang dijual dua tahun kemudian kepada KWSP.

“Saya telah jelaskan bahawa syarikat Aset Tanah Nasional Berhad ialah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

“Jika Teresa Kok ingin tahu apa terjadi dengan wang diterima syarikat itu dari KWSP hasil dari penjualan tanah, dia boleh tanya Guan Eng kerana semua rekod ada di Kementerian Kewangan”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru tegas beliau kalau Teresa Kok masih tak puas hati, boleh “claim” balik RM780 juta itu dari Guan Eng.

“Sudah tentu Teresa ada nombor telefon Menteri Kewangan? Ataupun Teresa telah ditendang keluar dari grup WeChat DAP?”, sindirnya lagi. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.