Harga Minyak, Menteri Kewangan Malu Mengaku… Senyap-Senyap Tibai – Najib

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Tindakan kerajaan mengenalkan harga RON95 pada RM2.20 sedangkan harga minyak mentah dunia meunjukkan trend menurun terus mengundang kritikan.

Terbaharu, bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak pula menyindir tindakan tersebut dan menyifatkan kerajaan malu untuk mengakui fakta tersebut.

Najib berkata, berdasarkan data terbaru hari ini, harga purata MOPS (Means of Platts) untuk petrol RON95 telah jatuh kepada AUD$0.519 satu liter pada akhir
minggu lepas berbanding AUD$0.538 untuk minggu sebelum itu.

Jelas Najib, mengikut sistem mekanisme harga automatik (APM) seperti dilaksanakan oleh BN, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 satu liter.

“Ini juga bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak sebanyak 34 sen untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan musim perayaan kini.

“Tetapi Menteri Kewangan kita masih malu untuk mengaku agar senang untuk senyap-senyap tibai. Selamat bercuti!” kata Najib dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk pemimpin kerajaan iaitu bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu kerajaan menyemak harga petrol secara mingguan, sekali gus membolehkan harga RON95 turun sebanyak 20 sen seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia.

Katanya, berdasarkan formula secara bulanan yang diguna pakai ketika ini, kiraan akan menunjukkan harga RON95 mengikut APM masih lagi tinggi daripada RM2.20 seliter.- UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.