Apabila Menteri Suruh Menteri Letak Jawatan…

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melontarkan persoalan berhubung kemelut dalam menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) iaitu apabila menteri menyuruh menteri letak jawatan.

Soalnya, apakah ini ‘game’ Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang suruh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya desak P. Waytha Moorthy letak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri?


“Bila menteri suruh menteri letak jawatan, mesti Syed Saddiq perasan dia lebih hebat dan berprestasi tinggi berbanding Waytha Moorthy. Ini memang pelik sikit, apatah lagi Syed Saddiq dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) suruh menteri dari Hindraf letak jawatan,” katanya melalui kenyataan dalam facebook beliau.

Katanya, kalau menteri suruh menteri letak jawatan itu bermakna dia menuduh Perdana Menteri (PM) tidak pandai kerana melantik orang yang tidak pandai dan ‘half past six’ sebagai Menteri.

“Lagi pun A. Kadir Jasin juga mahu Waytha letak jawatan. Sebab itu Syed Saddiq kata dia tidak takut dikenakan tindakan atas desakannya itu.

“Pasti dia dapat lampu hijau daripada Tun M. Mungkin Waytha Moorthy kata, kenapa dia sahaja dipersalahkan. Pada beliau polis yang salah. Oleh kerana polis di bawah Tan Sri Muhyiddin, apakah Waytha berani mendesak supaya Muhyiddin juga letak jawatan.

“Games Mahathir masuk fasa III – tiada siapa yang selamat.” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.