Ismail Lasim Angkat Sumpah MT Wakil BPUN Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim hari ini mengangkat sumpah apabila dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO wakil BPUN Negeri Sembilan.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh adalah Ketua Bahagian Kuala Pilah yang dilantik sebagai MT (Turut Hadir) sebelum bermulanya mesyuarat Khas MT hari ini di Ibu Pejabat UMNO, di sini.

Mesyuarat MT Khas hari ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memangku jawatan Presiden.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyerahkan tugas-tugasnya selaku Presiden kepada Mohamad demi keutuhan parti serta kepentingan pimpinan di semua peringkat terutama Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta UMNO Bahagian-bahagian bagi memastikan kelancaran gerak kerja. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.