Puteri UMNO Sabah Ambil Tempoh Bertenang

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Ketua Puteri UMNO Sabah Fadilah Sarbi berkata, Pergerakan Puteri UMNO negeri itu mengambil ketetapan untuk tempoh masa bertenang ekoran daripada keputusan kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor yang telah mengisytiharkan keluar dari UMNO hari ini.

Jelas beliau, Puteri UMNO Sabah akan membuat keputusan setelah selesai mengadakan perbincangan bersama Bahagian dan juga ahli-ahli Puteri UMNO dan mendapat maklum balas daripada mereka.

“Sementara itu, terpulang kepada ketua-ketua Puteri UMNO Sabah bertindak untuk menentukan hala tuju dan pendirian masing-masing.

“Apa juga pendirian Ketua Puteri Bahagian, Jawatan Kuasa Puteri Bahagian dan Ahli-ahli, saya hormati dan diucapkan selamat maju jaya,” ujar beliau dalam satu kenyataan media. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.