Bubar AIM… Satu Lagi Kesilapan Besar Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Bubarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) suatu lagi silap besar Pakatan Harapan (PH), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, golongan miskin tegar dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sekali lagi dipinggir.

“Turun kadar kemiskinan disumbang AIM sekian lama. Non-Performing Loan (NPL) juga paling rendah.”

Soal beliau, adakah kerana AIM salah satu kejayaan Barisan Nasional (BN), ianya dinafi?

“Jangan marah nyamuk kelambu dibakar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk melalui Twitternya di sini.

Baru-baru ini dalam sidang Parlimen, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin memaklumkan kerajaan sedang menyediakan dokumen untuk memulakan prosedur membatalkan sijil AIM. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.