PTPTN: Kalau Tak Boleh Tunai Manifesto, ‘Copy And Paste’ Apa BN Buat…

KUALA LUMPUR, 7 Dis – “Kalau dah tak boleh tunai janji manifesto atau beri pendidikan percuma, sekurang-kurangnya ‘copy and paste’ apa Barisan Nasional (BN) buat dahulu.”

Demikian kata Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ekoran polemik peminjam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih belum selesai.

“Lihatlah apa yang kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini buat. Yang konsisten bayar mengikut perjanjian pula dihukum dan dihukum teruk. Dasar baru PTPTN ini juga saya difahamkan menerima bantahan daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia. Tidak ada perbincangan dan konsultasi dibuat. Peminjam PTPTN bantah, majikan bantah. Jadi apa langkah PTPTN seterusnya?

“Beri perhatian, salinlah jawapan dan ambil nota jika tak faham. Baru kita boleh bagi skor 9.95 kepada ‘Menteri masih belajar’,” katanya secara sinis.

Hari ini, kerajaan PH seperti biasa membuat pusingan U (U-Turn) melalui Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan Jemaah Menteri mahu PTPTN menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan mencari satu formula terbaik bagi setiap pihak berkepentingan.

Rabu lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan bulanan baharu bagi peminjam dengan gaji RM2,000 ke atas, mulai 1 Januari 2019 dengan potongan tersebut akan melibatkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.