Puteri UMNO Teruskan Usaha Kumpul Suara Rakyat Tolak Ratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Walaupun Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), namun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tetap akan meneruskan usaha mengumpul tandatangan rakyat dalam petisyen menolak keras pelaksanaannya, kata ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan.

“Anggota Puteri juga akan turun beramai-ramai pada Himpunan Ummah yang dijadualkan pada 8 Disember 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima petisyen ratifikasi ICERD yang mahu dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan, semalam.

Dalam program terbabit, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Norbhaiti Sabar telah menyerahkan petisyen yang mengandungi lebih 4,000 tandatangan dari kalangan anggota Puteri Wilayah Persekutuan dan masyarakat setempat.

Petisyen menolak retifikasi ICERD ini akan digerakkan ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.