PH Masih Tiada Pelan Kukuh Untuk Anggota ATM?

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta agar Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi keutamaan terhadap kepentingan kesihatan tentera dalam pembangunan insan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Apa yang beliau lihat, sehingga kini, tiada pelan kukuh diutarakan MinDef untuk menjamin perkhidmatan kesihatan anggota pertahanan.

“Dahulu, MinDef mengumumkan penaiktarafan lima hospital ATM, pembinaan beberapa poliklinik baharu dan pemerkasaan pusat-pusat hemodialisis.

“Skim Bayaran Perubatan untuk veteran menampung kos ubat dan rawatan juga disediakan dan semua ini wajar diteruskan malah ditambah baik,” tegasnya dalam catatan dalam laman Twitternya.

Sebelum ini beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong telah menegur kerajaan PH yang gagal memberi tumpuan terhadap isu keselamatan apatah lagi pembentangan Belanjawan 2019 menunjukkan bahawa MinDef telah diperuntukkan bajet yang rendah, dan terdapat penurunan yang begitu jelas. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.