191 Pemuda UMNO Bahagian Buat Laporan Polis Terhadap P.Waytha Moorty

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata 191 Pemuda UMNO bahagian telah digerakkan untuk membuat laporan Polis berhubung kenyataan Menteri Perpaduan Nasional, P. Waytha Moorty yang menimbulkan kontroversi seluruh negara.

Serentak itu tegasnya pihak berkuasa diharap dapat membuka siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap menteri berkenaan mengenai apa yang tular di media sosial dua tiga hari lalu.

“191 Bahagian-bahagian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah digerakkan untuk membuat laporan polis di Balai-balai Polis seluruh Malaysia sejak semalam terhadap pengkhianatan dan kenyataan P. Waytha Moorthy Menteri Perpaduan Nasional memburuk-burukkan negara kepada Negara luar sebagaimana video lama yang tular di media-media sosial dua tiga hari ini.

“Syabas Pemuda-pemuda UMNO seluruh Malaysia. Diharapkan pihak berkuasa akan mula membuka fail siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi catatan di facebook.

 

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.