UMNO Sah Sertai Pas Himpunan Bantah ICERD 8 Dis Di KL

PASIR SALAK, 17 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan UMNO akan menyertai Pas dalam perhimpunan bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.

Zahid ketika berucap dalam program himpunan Perpaduan ummah di sini hari ini.

“Saya ingin mengesahkan UMNO juga akan dokong perhimpunan ini. Ini bukan perhimpunan PAS, bukan perhimpunan UMNO, himpunan NGO Islam, (ini) perhimpunann ummah keseluruhannya,” jelas Zahid.

Dalam sidang media, Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang berkata, lokasi himpunan masih belum ditentukan dan akan dimaklumkan kemudian. – MediaUMNO