Kuatkan Saf Sesama Ahli Dan Pembangkang, Pakatan Harapan Lemah Kerana Bertelagah

KUALA SELANGOR, 18 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli di setiap peringkat menguatkan barisan saf dalam UMNO sambil mengingatkan betapa kekalahan parti pada pilihan raya umum lalu ada hikmahnya.

Jelas beliau hikmah selepas kekalahan, apabila UMNO kini proses pembersihan hati sendiri kerana selalu berlaga sesama sendiri yang akhirnya melemahkan parti.

Manakala itu, jelasnya Pakatan Harapan kini berdepan perpecahan sebabkan hanya ada 55 ahli Parlimen Islam

“Oleh kerana mereka lemah dan bergaduh sama sendiri, pemimpin UMNO dimalukan dan didakwa.

“Tujuannya untuk bubarkan UMNO, tetapi Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden tidak mahu ikut dan bubar UMNO.

“Kita jangan berunding, kita kuatkan UMNO, kerjasama dengan Pas, kuatkan pembangkang, jangan ketepikan NGO, surau, masjid dan rakyat. Ketepikan perbezaan”,  katanya pada Program Jelajah UMNO Bangkit ke Selangor di Kompleks UMNO Kuala Selangor, hari ini.

Justeru tegas beliau UMNO tidak seharusnya duduk di tengah pertelagahan antara puak-puak dalam kerajaan pakatan harapan sebaliknya menguatkan kerjasama antara parti pembangkang.

“Jika Pas boleh ketepikan perbezaan, ketepikan perbezaan kecil antara kita. Potensi kemenangan ada jika kita tidak bergaduh sesama sendiri.

“Kita jangan ketepikan surau, masjid, sekolah… Insyaallah kita akan berada semula di barisan hadapan”, ujarnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.