Konvoi Puteri UMNO Bantu Pemuda Cina Kemalangan

GOMBAK, 17 Nov – Perjalanan konvoi Pergerakan Puteri UMNO dari Kuantan ke Kuala Lumpur terhenti untuk membantu seorang pengguna jalan raya yang terbabit dalam kemalangan petang tadi.

Kejadian membabitkan kereta dipandu seorang berbangsa Cina yang menaiki pickup Hilux terbabas di km 40.4 Lebuh Raya Karak ke arah Gombak yang berlaku ketika hujan.

Sehubungan itu, anggota konvoi yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarikh Khan telah membantu mengeluarkan mangsa dan menghubungi pasukan kecemasan untuk bantuan.

Dalam kemalangan terbabit, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun berada dalam keadaan trauma.

Sehubungan itu, Zahida turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu terutama pada waktu hujan bagi mengelakkan kemalangan.

Konvoi terbabit dalam perjalanan pulang ke Ibu Negara selepas menyertai kepimpinan dan ahli akar umbi UMNO Pahang di Yayasan Pahang dalam program Jelajah Presiden di sini, hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.