Belanjawan Tambahan… Adakah Perdana Menteri Tak Setuju Bajet 2019?

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan selepas Belanjawan 2019 dilaksanakan lantas ia menimbulkan persoalan adakah PM tidak berapa setuju dengan belanjawan baru-baru ini?

Persoalan tersebut dilontarkan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mencelah dalam sesi perbahasan Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini.

“Apabila kita menyemak dalam buku Laporan Ekonomi pendapatan kerajaan hanyalah 261.82 bilion pada tahun hadapan. Ini bermakna ada lebihan 52.73 bilion jadi apakah maksud itu adalah hutang yang akan dibuat oleh kerajaan sedangkan kerajaan selama ini menyatakan mahu mengurangkan hutang?” soal beliau lagi.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilapor akan membentangkan belanjawan tambahan ketika menjawab soalan pemberita sama ada Belanjawan 2019 perlu disemak semula bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir.

Sebelum ini, beberapa pakar ekonomi termasuk Prof. Dr. Hoo Ke Ping telah mencadangkan Belanjawan 2019 disemak semula untuk membantu masyarakat luar bandar seperti nelayan, penoreh getah dan peneroka kelapa sawit yang dihimpit tekanan ekonomi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.