Kenyataan Tegas Hishammuddin Seharusnya “Matikan” Certot PPBM


KUALA LUMPUR, 1 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan tegas Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seharusnya mematikan sama sekali certot Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin yang mendakwa 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan keluar parti.

Katanya, ahli parlimen BN boleh berbangga kerana mereka masih merupakan “faktor” yang tidak boleh di kesampingkan begitu saja dalam equation politik negara.

“Ini menjadikan tekad 51 MP BN semakin membara menuju PRU 15,” katanya dalam catatan dalam laman facebooknya.

Sebelum ini, Hishammuddin telah menafikan akan keluar daripada UMNO dan turut menegaskan tidak menerima sebarang tawaran daripada parti Bersatu malah jika sekali pun ada beliau tidak menerima ajakan tersebut.

“BN dan “rakan baru” dalam konfigurasi baru, gabungan atau muafakat pembangkang sudah boleh memulakan fokus untuk bersama rakyat menebus segala kekecewaan harapan tak kesampaian, dengan secara kolektif membina tawaran baru-harapan baru (new deal-new hope…NDNH) untuk Malaysia.

“Hishamuddin, KJ (Khairi Jamaluddin) dan lain-lain harus terus mara dalam satu saf yang di rekayasakan… jangan lagi ada fitnah, jangan lagi ada ragu…kita bertindak dalam satu saf, sederap, segerak di bawah panji-panji yang di perbaharui,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.