Puteri UMNO Bantah, ICERD Akan Undang Ketegangan

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Pergerakan Puteri UMNO membantah keras ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ini kerana ia bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata jika ratifikasi ini diteruskan dan diiktiraf oleh kerajaan, maka ia akan mengundang keburukan.

“Jika ratifikasi ini diteruskan dan diiktiraf oleh kerajaan, ia akan mengundang keburukan saya bimbang ia akan mengundang ketegangan dan lebih keburukan berbanding kebaikan,” tegas beliau hari ini.

Katanya, ini adalah antara usaha halus pihak tertentu untuk mengganggu gugat keharmonian yang telah lama menjadi kekuatan dalam negara.

“Kami mendesak agar kerajaan lebih tegas dan tidak tunduk kepada kumpulan yang berniat jahat.”

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy memaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan komited untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019 selaras dengan manifestonya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.