Hishammuddin Ulangi Lagi Pendirian Tidak Akan Tinggalkan UMNO, Pantau Bajet Kebajikan ATM

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussien hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa tidak akan meninggalkan UMNO dan pada masa turut  menafikan spekulasi kononnya beliau merupakan antara 40 ahli Parlimen UMNO yang dikatakan akan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya dah nyatakan beberapa kali bahawa saya tidak akan keluar parti. Jadi seorang dah kurang daripada 40 tadilah…. Jadi kalau nak tahu, orang kata ‘action speaks louder than words’. Jadi ‘action’ saya hari ini mana ada saya keluar parti.

“Jadi yang lain itu setiap ahli Parlimen ada maruah mereka, mereka ada pendirian masing-masing, tanya mereka lah. Akhirnya orang akan tengok sendiri…tetapi jangan lupa, bila benda yang diwar-warkan itu tidak menjadi kenyataan, jangan kita lupa bahawa ia digembar-gemburkan hari ini.

“Masalah kita hari ini, bila satu isu dibangkitkan, dua tiga hari panas, lepas itu bila tidak benar ia beralih kepada isu lain pula,” katanya di lobi Parlimen, Selasa.

Hishammuddin yang juga bertanggungjawab di dalam Jawatankuasa Portfolio Pertahanan Barisan Nasional (BN) yang diumumkan sebelum ini seterusnya memberitahu pihaknya akan memantau pembentangan bajet untuk warga tentera termasuklah soal-soal kebajikan dan sebagainya.

“Lebih baik sekarang ini bila menjelang bajet kita bercakap pasal perkara-perkara yang membina. Sebab itu di bawah jawatankuasa pertahanan yang saya dan Abdul Rahim Bakri Ahli Parlimen Kudat diminta untuk pantau apa yang kita harapkan dalam bajet…

“Memang saya harap kebajikan anggota ATM, kebajikan veteran, isu perumahan, isu pendidikan anak-anak mereka, isu aset perlu diperkukuhkan, isu counter terrorism dan sebagainya semua ini perlu diambil kira dalam bajet yang akan datang daripada kita hanya menuding jari nak melompat sini, nak melompat sana, menuduh orang tidak tentu hala dan sebagainya.. life must go on.

“Itu kita akan pantau secara dekat dan saya harapkan sangat bahawa bajet kali ini akan mengambil kira hala tuju dan masa depan anggota dan warga tentera kita di dalam MINDEF, “ujarnya.

Ujarnya lagi apa yang telah diusahakan dan dirancang sebelum ini untuk kebajikan warga tentera dan sebagainya akan diambil kira oleh kerajaan.

“Harapan saya menjelang bajet ini apa yang kita dah lakukan sebelum ini untuk kebajikan anggota ATM, veteran-veteran, keluarga, mereka semua itu mesti diambil kira… kalau tidak disebut dan tidak diambil kira saya akan menyuarakannya, “ tambahnya.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.