Apakah Krisis Ekonomi, Politik 1998 Bakal Berulang Lagi?

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjangkakan krisis ekonomi dan politik pada tahun 1998-1999 akan berulang pada tahun 2018-2019.

Jelasnya drama yang sama melibatkan pelakon yang sama iaitu Mahathir vs Anwar.

“Pergeseran akan memuncak. Tun M kesuntukan masa kerana dia baru dapat Tok Pa seorang menyertai PPBM.

“Dia tahu Anwar sudah menggerakkan buah caturnya lebih awal ke hadapan”, katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya.

Perseteruan antara Mahathir dan Anwar yang berlaku pada 1998 di kala negara dilanda krisis ekonomi berikutan serangan mata wang. Malah ketika itu juga Mahathir yang menjawat jawatan Perdana Menteri telah bertindak memecat Anwar dari kabinet.

Dalam catatan yang sama Dr Puad turut menyatakan bahawa tidak lama lagi bajet kerajaaan Pakatan Harapan akan dibentangkan.

“Apa agaknya kelentong mereka kali ini. Kerajaan PH menghadapi masalah kewangan berat setelah silap menggantikan GST kepada SST termasuk tax holiday selama 3 bulan. Kita tunggu apa cukai baru yang akan dibebankan kepada rakyat?

“Kenapa kelentong? Semasa membentangkan laporan separuh penggal RMK 11 (2016-2021), Tun M langsung tidak menyentuh tentang janji 100 hari yang gagal ditunaikan. Sepatutnya Tun M mengemukakan “tawaran baru” atau new deal bagaimana janji itu dapat dilaksanakan semula”, ujarnya.

Namun jelas beliau Tun Mahathir membiarkan janji itu berlalu begitu sahaja.

“Mereka melepaskan tengkuk dengan berbagai alasan. Tetapi mampukah Tun M terus berbohong. Tahun hadapan seperti diramalkan “recession” akan berlaku. Harga barang akan terus meningkat”, katanya.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.