40 Ahli Parlimen UMNO Sertai PPBM : Perang Saraf Politik Dalaman PH

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan melihat kenyataan berhubung 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai PPBM sekadar provokasi pihak tertentu dan ianya bukanlah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang UMNO tetapi lebih kepada perang saraf politik dalaman di kalangan parti komponen PH.

“Kini PPBM berada di tahap yang tidak menentu kerana bilangan kerusi yang kecil dan merasa amat terancam oleh kemungkinan mereka akan digulingkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Lebih-lebih lagi tambahnya mereka ketandusan pemimpin yang berwibawa dan menteri-menteri mereka dilihat gagal dan sebab itulah mereka memerlukan Ahli Parlimen UMNO untuk menyertainya mereka.

“Kenyataan ini menyebabkan saya rasa bangga. Pemimpin UMNO yang dulunya dituduh korup, sekarang sangat diperlukan oleh PPBM,” ujarnya.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.