Pertuduhan Kurang Cerdik – Muhammad Shafee

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan enam pertuduhan berkaitan pecah amanah terhadap anak guamnya hari ini adalah ‘kurang cerdik’.

Muhammad Shafee berkata, Najib selaku Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah ketika itu membuat keputusan untuk mengutamakan dan memindahkan dana berkenaan untuk tujuan yang lebih penting.

“Pada asasnya kesemua enam pertuduhan adalah berkaitan dengan peruntukan dana untuk tujuan tertentu tetapi dana tersebut telah digunakan untuk keutamaan lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai prosiding pendakwaan terhadap anak guamnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Muhammad Shafee, peruntukan itu digunakan terlebih dahulu untuk keutamaan lain namun tidak bermakna peruntukkan tersebut tiada.

Najib dan Mohd. Irwan Serigar sebelum itu masing-masing mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan wang Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.