Momokan Ekonomi Negara Teruk Dan Hampir Muflis Terjawab – Khairy


KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal  RMK-11 menyifatkan pembentangan kajian separuh penggal setebal 400 muka surat menunjukkan bahawa apa yang dimomokkan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu terjawab.

“Beberapa tempoh sebelum pilihan raya yang lepas rakyat dimomokkan  bahawa negara kita hampir muflis, kerajaan pada waktu gagal mengemudi ekonomi dan kewangan negara dengan baik.

“Namun pembentangan kajian separuh penggal setebal 400 muka surat yang dikeluarkan ini menyatakan perkara sebaliknya dan secara tidak langsung membuktikan bahawa keadaan ekonomi negara kita disahkan dalam dokumen kerajaan hari ini sendiri iaitu keadaan ekonomi yang kukuh,” katanya.

Khairy seterusnya memberikan beberapa cadangan  untuk menambah baik  Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2016-2020 antaranya penekanan kepada golongan wanita.

“Kita akui bahawa kita harus meningkatkan lagi penyertaan golongan wanita dalam ‘work force’. Jadi penekanan untuk mengadakan waktu kerja fleksibel dan meluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang mahu kembali semula ke pasaran bekerja selepas bersalin atau sebagainya.

“Kita juga perlu pastikan pastikan tempat kerja itu selamat dan perlu mempercepatkan Akta Gangguan Seksual untuk melindungi mangsa, ini perancangan yang mula daripada lepas.

“Tubuhkan mahkamah khas mengenai perkahwinan, hadhanah dan nafkah bermula dari Wilayah Persekutuan. Dan menjamin…ini juga janji BN sebelum ini sebagai pembuat dasar sekurang-kurangnya 30 peratus keanggotaan Dewan Negara disandang wanita,” ujarnya.

Khairy seterusnya menambah dalam konteks perumahan pula, perlu ditubuhkan sebuah bank khas bagi menguruskan pinjaman perumahan mampu milik dan perumahan kos rendah yang berharga RM300,000 ke bawah untuk memastikan bahawa pinjaman itu dapat diberikan kepada mereka.

“Penjanaan pekerjaan…apabila ketiadaan projek-projek besar maka janji untuk mewujudkan satu juta pekerjaan seperti mana janji di dalam manifesto PH..kita janji 3 juta mungkin sukar untuk dicapai. Jadi buat satu ‘sorting mechanism’ dipadankan mereka yang keluar daripada universiti dan kekosongan kerja yang ada menggunakan teknologi yang terkini.

“Memperluaskan lagi ruang pekerjaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ada ramai yang boleh bekerja dan mampu bekerja tetapi tidak disalurkan kepada produktiviti ekonomi kerana tiada peluang,” tambahnya.

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.