Tujuh Teras, 21 Langkah Letakkan UMNO Pada Landasan Tepat Berdepan Cabaran
KUALA TERENGGANU, 10 Okt – Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam percaya tujuh teras yang merangakumi 21 langkah yang digariskan Presiden Parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO lalu yang berkaitan hala tuju parti akan meletakkan UMNO pada landasan tepat berdepan cabaran masa hadapan.
Menurut beliau tujuh teras yang dibentangkan seperti membina keyakinan dan kepercayaan, menentang eksploitasi politik, memperkasakan parti, hak kuasa istimewa, muafakat politik, kerajaan menanti serta pengorbanan jiwa raga mesti disusuli dengan perbincangan yang tuntas di segenap lapisan parti.
“Kita akan mengkaji segala kaedah dan segala pelaksanaan bagi melicinkan serta menggerakkan apa yang digariskan itu.
“Secara dasarnya kita ahli parti telah dilontarkan dengan gerak langkah dan sasaran kita untuk bergerak di pelbagai peringkat. Panduannya sudah ada maka masanya untuk kita bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi,” katanya kepada UMNO -Online di sini, hari ini.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 menggariskan tujuh teras yang di dalamnya terkandung 21 langkah.
Tujuh teras yang dibentangkan seperti membina keyakinan dan kepercayaan, menentang eksploitasi politik, memperkasakan parti, hak kuasa istimewa, muafakat politik, kerajaan menanti dan terakhir adalah pengorbanan jiwa raga akan dibincangkan secara tuntas bagaimana pelaksanaannya.
Din Adam seterusnya menambah secara terperinci gerak langkah berkenaan akan bermula dalam masa terdekat ini dan ahli parti pelbagai peringkat harus bersedia menyahutnya.
“Insya Allah kita akan lihat satu persatu dan untuk dalam masa terdekat keyakinan ahli kepada parti cukup penting. Insya Allah kita sama-sama laksanakan dan sama-sama bangkit ” ujarnya. –MediaUMNO