Selesai Beri Keterangan, Zahid Tinggalkan Ibu Pejabat SPRM Jam 5.41 Petang

PUTRAJAYA, 10 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 5.41 minit petang.

Beliau kelihatan ceria dan melambaikan tangan kepada puluhan pengamal media yang menunggu di pintu masuk SPRM sejak pagi tadi.

“Tiada PC (sidang akhbar)…” katanya sebelum masuk ke kenderaan yang menunggu beliau.

Namun beliau tetap menjadi tumpuan jurugambar dan para wartawan sehingga ke pintu kenderaan untuk mengetahui lebih lanjut siasatan hari ini.

Menerusi catatan di ‘twitter’ pula, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih atas doa semua.

“Selesai memberi keterangan kepada SPRM hari ini. Dalam perjalanan balik ke rumah. Terima kasih atas doa semua. Anak saya juga telah selesai memberi keterangan,” katanya.

Pagi tadi, Presiden UMNO itu tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.20 pagi dengan dengan mengenakan baju batik berwarna hijau.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.