Siasatan Khas Kes Pembunuhan : Kenapa Kit Siang Jadi Pening, Berdolak Dalih?


KUALA LUMPUR, 8 Okt – “Saya tidak faham dengan Lim Kit Siang ini”, demikian luahan Datuk Seri Najib dalam hantaran di facebook milik beliau.

“Bila saya tak setuju dengan beliau, dia marah. Bila saya bersetuju dengannya, pun dia marah.

“Kit Siang baru sahaja keluarkan kenyataan bahawa dia terkejut kerana saya bersetuju dengannya meminta kerajaan memulakan siasatan khas terhadap kesemua kes pembunuhan yang PH pernah libatkan saya.

“Kit Siang marah saya kerana kononnya tiada siasatan di atas kesemua kes ini semasa saya masih Perdana Menteri. Kononnya saya tidak mahu keadilan semasa itu dan hanya mahu keadlilan selepas saya hilang kuasa.

“Tidak betul, Kit Siang”, katanya.

Najib menyorot kembali kes Teoh Beng Hock dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan juga di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Malah katanya kes Altantuya dan Hussain Najadi dibicara selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan.

“Kes Kevin Morais di mana 7 orang dituduh juga telah mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi sejak April 2017.

“Siapa kata tidak pernah disiasat?”, soalnya.

Tegas beliau lagi masalah Kit Siang dan PH ialah mereka tetap akan menolak segala siasatan dan keputusan mahkamah dengan alasan siasatan dan kehakiman semasa kerajaan BN tidak adil kerana mereka hanya mahu fitnah mereka terhadap saya diteruskan.

Kini ujarnya Kit Siang dan PH tidak ada alasan lagi.

Tambah beliau semua kertas siasatan, kuasa agensi-agensi siasatan untuk ketiga-tiga kes pembunuhan dan mahkamah ada pada tangan Kerajaan PH.

“Tiada sebab untuk mereka tidak mengambil langkah itu tanpa lengah dan perlu segera mewujudkan siasatan khas sebagaimana diarahkan Kit Siang melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya.

“Saya mahu bertanya secara terus-terang kepada Kit Siang:

“Saya tahu saya tidak tidak ada kena-mengena dengan kematian kesemua mangsa-mangsa ini. Oleh itu, saya sudah setuju dengan anda agar siasatan khas dijalankan”, ujarnya.

Justeru Najib bertanya adakah kamu (Kit Siang) masih mahu siasatan khas dibuka sebagaimana gesaan anda dua hari lalu kepada kerajaan PH untuk laksanakan? Adakah kamu akan memujuk Perdana Menteri untuk melakukan ini serta-merta?

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.